Sabtu, Mei 15, 2010

BERSAMA GURU IT - ROHAYATI KHALID AYEOP

PUAN ROHAYATI BINTI KHALID AYEOP

Bercita-cita lngin menjadi seorang pembimbing dan pengarang buku latihan komputer dan segala impian telah menjadi kenyataan, apabila beliau berjaya menghasilkan buku latihan komputer untuk pelajar sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6 iaitu buku:

1. MS WORD 2003 tahun 1,2 & 3
2. MS WORD 2003 tahun 4,5 & 6
3. MS EXCEL 2003 tahun 4, 5 & 6

sekarang buku edisi ke 2 akan diterbitkan oleh syarikat penerbitan ILHAM BARU iaitu buku latihan komputer 2007 , MENGEMBARA KE ALAM GRAFIK dan LATIHAN MENGGUNA PAPAN KEKUNCI (Keybord)dan beliau telah menjadi tenaga pembimbing/pendidik Pusat Latihan Komputer Charisma selama 17 tahun.

Anak Pahang yang dilahirkan di Benta dan di besar kan di Bandar Di Raja Kuala Kangsar dan mendapat didikkan awal di sekolah kebangsaan Datin Khadijah dan Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar. Beliau telah melanjutkan pelajaran nya Diploma Komputer Di comptra Engeneering di Kelatan telah mendirikan rumahtangga dengan sdr Mohd Azhar Bin Sain pada tahun 1999 yang bertugas di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Anak sulung dari adik-beradiknya seramai lima orang, tiga perempuan dan dua lelaki. ayah beliau telah bersara dari jawatannya sebagai stasyen master dan ibunya juga pesara jururawat dan kini menetap di Kampung Talang Masjid Kuala Kangsar, Perak. selain buku latihan komputer, beliau juga menulis buku sejarah kanak-kanak dan sedang dalam proses penerbitan oleh syarikat ILHAM BARU.



Mengenai Saya

Foto saya
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
IYN GLOBAL PUBLISHING PRODUCTION AKAN MELAHIRKAN BAKAT-BAKAT BARU DI BIDANG PENULISAN NOVEL, CERPEN, SAJAK DAN SKRIP DRAMA TV, FILEM DOKUMENTARI DAN FILEM-FILEM DI PAWAGAM DEMI MEMARTABATKAN BAHASA, BUDAYA , ILMU DAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.